MENU
 

PERHIMPUNAN BULANAN MDTM BIL 4 TAHUN 2021

MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 28 DISEMBER 2021 (SELASA)
TEMPAT : AUDITORIUM SERI TANJONG, MDTM

28 Disember 2021, MDTM telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil 4 Tahun 2021 yang diketuai oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan MDTM yang menyertai 9 PBT Perak dalam Misi Keluarga PBT@Perak telah dilaksanakan di Bentong, Pahang pada 27 hingga 28 Disember 2021. Misi ini adalah bertujuan membantu kerja-kerja kebersihan pasca banjir di kawasan bentong ini. Beliau memaklumkan usaha murni ini harus diteruskan dengan mewujudkan skuad MDTM bagi tujuan membantu masyarakat yang dilanda bencana dan musibah serta aktiviti kebajikan masyarakat. Beliau juga berharap agar usaha bakti MDTM dapat membantu memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir ini dan memberi sedikit kekuatan kepada mereka supaya tabah menghadapi ujian bencana banjir ini.

Dalam ucapannya juga, mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga MDTM dalam mencapai beberapa kejayaan sepanjang tahun 2021 ini. Beliau berharap agar pencapaian ini diteruskan dengan lebih maju pada tahun 2022.

Sambutan hari lahir kakitangan MDTM juga telah diadakan semasa perhimpunan bulanan ini sebagai tanda penghargaan MDTM.

#mdtm
#mdtmmajudanjaya
#muallimpermataperak
 
perhimpunan1
 
perhimpunan2
 
perhimpunan3