MENU
 

PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pada 16 Jun 2022, Khamis - Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan telah berlangsung bermula jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang di Bilik Seri Malim, Aras 4, MDTM. Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad dan Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman turut serta dalam program ini. Seramai 7 orang panel penilaian dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diketuai oleh Puan Wardiyah binti Senik @ Abdul Mokhti, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLAN Malaysia. Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai atas penilaian yang telah dilaksanakan. Pihak MDTM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja MDTM atas komitmen yang diberikan sepanjang sesi penilaian tersebut dijalankan.