MENU
 

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2021

MASA : 8.00 MALAM
TARIKH : 22 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
TEMPAT : THE ZENITH HOTEL
 

22 November 2021 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) tahun 2020. MDTM merupakan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Negeri Perak Ke-3 yang telah mencapai pematuhan SAGA bagi sistem aplikasi perakaunan selepas Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kampar. Dua lagi PBT yang turut diraikan pada kali ini ialah Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Kemaman.

Majlis yang diadakan di The Zenith Hotel, Kuantan Pahang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Redzuan Hassan, Timbalan Akauntan Negara (Operasi). Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM telah hadir bagi menerima anugerah berkenaan. Turut hadir bersama, Ketua Jabatan Perbendaharaan, Cik Nur Zatul Iffah binti Ibrahim (C.A.M), Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi, Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, serta wakil-wakil kakitangan MDTM yang turut terlibat dalam usaha ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MDTM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha bagi pencapaian ini.

#muallimpermataperak
#adventuremuallim