MENU
 


Lawatan Kerja Penanda Aras Sistem Perakaunan “SAGA” (Standard Accounting System for Government Agencies) Majlis Daerah Kerian Ke Majlis Daerah Tanjong Malim

Pada 24 Jun 2022, Jumaat — Telah berlangsung Lawatan Kerja Penanda Aras “SAGA” (Standard Accounting System for Government Agencies) pada 24 Jun 2022. Program ini berlangsung bermula jam 10 pagi di Auditorium Sri Tanjong, MDTM. Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad dan Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman turut serta dalam program ini. Seramai 12 orang pegawai dari Majlis Daerah Kerian yang terlibat. Antaranya, Mahzan bin Morat (Pegawai Tadbir Jabatan Perbendaharaan), Abdul Hamid bin Abdullah (Pegawai Tadbir Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta), Mohamad Saddam bin Jamaluddin (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan beberapa lagi pegawai.

Lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi pelaksanaan Sistem Perakauan SAGA “Standard Accounting System for Government Agencies” untuk digunapakai di Majlis Daerah Kerian (MDK).