MENU
 

Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak (Daerah Muallim) 2021

MASA : 10.00 pagi
TARIKH : 21 September 2021 (Selasa)

Selasa, 21 September 2021 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sedang melaksanakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak (Daerah Muallim) 2021 bermula 10 September 2021 hingga 21 Oktober 2021. E-Waste adalah sisa buangan yang terdiri daripada elektrik dan elektronik, dimana jika tidak diuruskan secara sistematik atau dibakar, ianya berpotensi mengeluarkan gas berbahaya (dioksin&furan) yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam dan memudaratkan kesihatan.

Majlis pelancaran simbolik kempen telah disempurnakan oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis, bertempat di perkarangan Lobi Blok A, MDTM. Turut hadir bersama adalah ketua-ketua Jabatan MDTM. Pada majlis berkenaan, Tuan Roslan memaklumkan gerak kerja bagi pelaksanaan kempen ini melibatkan penyertaan agensi kerajaan dan swasta, mahupun komuniti setempat yang telah dirancang secara berjadual. Beliau juga berharap kempen ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak, dalam usaha menyokong hasrat kerajaan negeri kearah “Perak Bumi Lestari”.

Jom bersama kita jadikan "Perak Bumi Lestari"

 
ewaste1
 
ewaste2
 
ewaste3
 
ewaste4