MENU
 

Audit Pensijilan Semula ISO 45001: 2018

7 Julai 2022 - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah berjaya memperbaharui Pensijilan ISO 45001 : 2018 ( Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

Bagi memastikan pengurusan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Dasar - dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MDTM sentiasa mematuhi standard serta piawaian yang ditetapkan, audit pensijilan semula terhadap ISO 45001:2018 telah dijalankan pada 5 hb Julai hingga 7 Julai 2022 . Majlis pembukaan sesi pengauditan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Ikram b Ahmad,Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim. Turut hadir En Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim.Pengauditan telah dijalankan oleh pasukan auditor yang diketuai oleh Encik Shahrul Neezam bin Azahar dan Cik Fiona Carolina Albert dari NIOSH Certification Sdn. Bhd.

Semakan dokumentasi pensijilan ISO 45001 : 2018 dan lawatan ke lapangan telah dijalankan bagi melihat dan memastikan setiap arahan kerja Keselamatan dan kesihatan yang digariskan sentiasa dipatuhi oleh kakitangan MDTM. Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat hanya 2 OFI (observation for improvement) dan tiada NCR.

Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan AJK Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan seluruh warga kerja MDTM kerana telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang tempoh pengauditan serta sentiasa menjadikan elemen keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan sepanjang menjalankan tugas.