Visi:-
- ICT Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Majlis Daerah Tanjong Malim.
Misi:-
- Menjadikan Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai sebuah organisasi berelektronik.
Piagam Pelanggan:-
- Dalam menyediakan perkhidmatan IT yang progresif, berkesan dan berkualiti kami bersedia :-
- Mengenalpasti potensi ICT dan menggalakkan penerapan Teknologi terkini yang bersesuaian untuk Majlis Daerah Tanjong Malim agar setanding dengan perkembangan arus teknologi pada masa ini.
- Memberi layanan mesra, bersopan dan sentiasa prihatin kepada masalah dan keperluan pengguna.
- Memastikan data pengguna adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh pengguna yang sah sahaja.
- Memastikan rangkaian komputer beroperasi dan selamat digunakan dan membaiki kerosakan (jika ada) dalam tempoh 1 hari bergantung kepada kerosakan dan menyediakan komputer gantian untuk memastikan kerja berjalan lancar.
- Menyediakan prosedur Backup dan Recovery untuk pangkalan data dan memastikan keselamatan pangkalan data.
- Memastikan preventive maintenance untuk penyenggaraan server, rangkaian dan sistem aplikasi dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
- Sentiasa peka kepada teknologi semasa dan berusaha menyediakan tambahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan mengikut perkembangan semasa.
- Berusaha menyediakan maklumat terkini dan relevan dengan cepat dan tepat dalam masa yang diperlukan.
Fungsi Jabatan:-
- Menyelenggara dan mengawal sistem komputer yang terdapat dan digunakan di Majlis.
- Memastikan semua sistem komputer yang digunakan di Majlis sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan boleh digunakan.
- Menyelia, mengemaskini, menyelenggara dan mengawal Laman Web Majlis.
- Menyelenggara dan mengawal semua ‘server-server' yang digunakan di Majlis.
- Mengemaskini dan menyelenggara sistem S.P.B.T.
- Menyediakan ‘Backup' bagi ‘database server'.
- Menyedia dan menyelenggara rangkaian di Majlis.
- Menyedia dan menyelenggara rangkaian tanpa wayar di Majlis.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan menggunakan teknologi terkini kepada Majlis.
Hubungi Kami :
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PELANCONGAN & REKREASI
Nombor Telefon | : | 05-4563437 |
Nombor Faks | : | 05-4563430/440 |
Alamat | : | Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi, MDTM. |
Pegawai | : | En. Shahzan Hafiz Bin Zainal Abidin |
Email | : | hafiz[alias]mdtm[dot]gov[dot]my |