Rumah Rehat Slim River menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada anda yang ingin singgah untuk bermalam di daerah kecil Tanjong Malim / Slim River ini . Secara tidak langsung dapat membantu anda untuk menjalani perjalanan atau percutian yang sempurna dan menyegarkan.

Rumah rehat ini terletak ditengah pekan Slim River yang mana mengambil masa lebih kurang 20 minit daripada susur keluar Plaza Tol Tanjong Malim dan 10 minit daripada susur keluar Plaza Tol Slim River. Terdapat 27 bilik yang tersedia untuk disewa. Kedudukan Rumah Rehat Slim River yang strategik, memudahkan anda untuk ke pekan Slim River untuk menjamu selera dan mencari sebarang barangan keperluan harian. Restoran Rumah Rehat Slim River yang terdapat disini juga menyediakan juadah-juadah yang menarik untuk santapan anda sekeluarga.
Kadar Sewa Bilik :
| JENIS BILIK | KEMUDAHAN | KADAR BAGI 1 MALAM Hari Biasa Rabu/Khamis | KADAR BAGI 1 MALAM Isnin/Selasa/Ahad | KADAR BAGI 1 MALAM Hujung Minggu | KADAR BAGI 1 MALAM Cuti Am |
| | | SWASTA | KERAJAAN | SWASTA | KERAJAAN |
| VVIP (Bilik Tetamu) | 2 DOUBLE | 0 | 0 | 0 | 0 |
| VIP (Bilik Tetamu) | 1 DOUBLE | 0 | 0 | 0 | 0 |
| CHALET 1-6 | 1 DOUBLE + 1 SINGLE | RM80 | RM70 | RM90 | RM70 |
| CHALET 8 | 1 DOUBLE | RM70 | RM60 | RM80 | RM60 |
| CHALET 9-10 | 1 DOUBLE + 1 SINGLE | RM80 | RM70 | RM90 | RM70 |
| CHALET 11-20 | 1 DOUBLE | RM70 | RM60 | RM80 | RM60 |
| SRI MALIM 2-5 | 1 DOUBLE | RM70 | RM60 | RM80 | RM60 |
| SRI TANJONG 1-4 | 2 SINGLE | RM70 | RM60 | RM80 | RM60 |
* Bilik VIP & VVIP boleh disewa dengan kebenaran pihak pentadbiran MDTM.
Bagi anda yang ingin mengadakan mesyuarat atau aktiviti ceramah dan sebagainya, Rumah rehat Slim River menyediakan dewan serbaguna yang dilengkapi dengan projektor, kerusi, meja dan peralatan audio.

DEWAN SRI TANJUNG SURAU
Sewa Peralatan:
| BIL | JENIS BARANG | HARGA |
| 1 | DEWAN | RM200 |
| 2 | P/A SISTEM | RM100 |
| 3 | MEJA | RM2.50 x 1 |
| 4 | KERUSI BALDU | RM1.50 x 1 |
Kafeteria (MJAZ CAFÉ):
-Jenis Makanan yang disediakan
i) Western
ii) Masakan Thai
iii) Steamboat
* MJAZ CAFÉ juga sedia menerima tempahan untuk catering, sila hubingi En Jamaluddin 0193862118
PETA LOKASI RUMAH REHAT SLIM RIVER
