Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman English | Bahasa Melayu | Lain-lain
Pilihan Teks : Kecilkan Teks Kembali Saiz Teks Ke Asal Besarkan Saiz Teks Pilihan Warna : TUkar Warna Teks Ke Biru Tukar Warna Teks Ke Merah Tukar Warna Teks Ke Hijau Reset Pilihan Latar Belakang : Pilih Latar 1 Pilih Latar 2 Pilih Latar 3 Pilih Latar 4 Pilih Latar 5 Panduan W3C : Bantuan W3C
    MENU
 
LATARBELAKANG TANJONG MALIM
  

 

Pekan Tanjong Malim Zaman Dahulu

Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.

Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.

Bandar Tanjong Malim

 

 

Selain dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak.Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain .

    Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

    Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.

    Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia.

 
    DAFTAR MASUK
     HUBUNGI KAMI
Majlis Daerah Tanjong Malim,
Peti Surat 59,
Bandar Behrang 2020,
35900 Tanjong Malim
Perak

Tel : 05-4563410/20
Fax : 05-4563430/440
E-mail :aduan@mdtm.gov.my

Klik DI SINI untuk Direktori Pegawai
    PERKHIDMATAN ONLINE

Cukai Taksiran
Bil Sewa
eKompaun
Bil Lesen
eAduan
Pembekal
eBayaran
MySMS
Web Mobile
OSC Online
ePenyerahan
Statistik

 
Agensi Ke kiri
MyGOV MSC Kerajaan Perak MAMPU EPU JOBSMALAYSIA
 
JPA MBI MDBG MDKAMPAR MDKERIAN MDLg
 
MDPH MDPT MDSelama MDTapah MDTM MPKKPK
 
  MPM MPT epbt TRANSFORMATION MPTi GERIK  
 
Agensi Ke Kanan