MENU

 

Terminal Sejahtera Slim River (TSSR) ialah pusat pembelajaran PERCUMA yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dan dikawal selia oleh Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) untuk anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Terminal ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kendiri di luar waktu sekolah bertujuan mengurangkan jurang pencapaian akademik dan meningkatkan prestasi pelajar dari kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Sasaran pengambilan adalah pelajar-pelajar dari golongan berpendapatan 40% terendah (B-40) atau pendapatan keluarga dibawah RM3,000 sebulan (miskin bandar). Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai tuisyen persendirian lain di luar.

Pelajar yang terlibat berpeluang mengikuti program-program pendidikan di samping dapat akses PERCUMA sistem ulangkaji atas talian SCORE A serta kemudahan-kemudahan pembelajaran yang lain. Terminal Sejahtera Slim River mempunyai makmal komputer yang membolehkan para pelajar mendapat tuisyen secara atas talian (online-tuition) dengan akses internet yang baik. Di samping itu, pusat tuisyen ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti Bilik Tutorial untuk kelas dan ruangan menunggu untuk kemudahan pelajar dan ibubapa.

Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera Slim River (TSSR) memulakan operasi pada Mac 2013, di alamat No 5, Tingkat 1, Bangunan Wisma MDTM, 35800 Slim River, PERAK. [ N: 3.829531 , W:101.403247]

Layari Facebook Terminal Sejahtera Slim River untuk maklumat dan pelbagai aktiviti terkini.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 22 November 2017 - 4:51pm