1. CUKAI TAKSIRAN AM DAN TEMPOH BAYARAN
Cukai taksiran Am adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti:
- Bangunan Kediaman.
- Bangunan perniagaan ( kedai, kompleks perniagaan, bengkel ).
- Bangunan Industri.
- Harta Khas.
- Tanah Kosong ( Bangunan / Pertanian / Perindustrian / Perniagaan )
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu:-
- 1/2 tahun pertama 1hb. Januari hingga 28hb. Februari setiap tahun .
- 1/2 tahun kedua 1hb. Julai hingga 31hb. Ogos setiap tahun .