MENU
 

KENYATAAN TAWARAN

1. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan terdiri daripada Syarikat, kelab dan Orang Perseorangan untuk menjadi pengurus / operator;

 

PENGURUSAN HOSTEL KONTENA DI TASIK YDP,

SLIM RIVER

 

2. Borang tawaran dan Syarat – syarat pengurusan  boleh diperolehi dengan PERCUMA di Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Tanjong Malim pada waktu pejabat dari  5hb. Februari, 2020 hingga   19hb. Februari, 2020.

 

3. Borang tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri yang bertanda ‘TAWARAN PENGURUSAN HOSTEL KONTENA TASIK YDP’  di sebelah kiri bahagian atas sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim pada atau sebelum  20hb. Februari, 2020 jam 12.00 tengah hari.

 

4. Tiap – tiap tawaran hendaklah disertakan dengan Cek / Wang Kiriman Pos ( berpalang ) berharga RM500.00 dibayar kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim. Wang Pertaruhan ini akan hilang atau dirampas jika sekiranya penender yang berjaya enggan atau ingkar menerima pajakan. Wang pertaruhan kepunyaan penender - penender yang tidak berjaya akan dikembalikan.

 

5. Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi sekali atau sebarang tawaran dan boleh memanggil semula tawaran jika didapati tawaran – tawaran yang diterima atau bilangan penender – penender yang diterima tidak memuaskan.

 

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Tender Ref: 
PENGURUSAN HOSTEL KONTENA DI TASIK YDP, SLIM RIVER
Tender Closing Date: 
Khamis, 20 Februari 2020