MENU
 

KENYATAAN TAWARAN

  1.  Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat, kelab dan Orang Perseorangan bagi;

 

PAJAKAN TANDAS AWAM STESEN BAS, SLIM RIVER

 

  1. Borang – borang tawaran dan Syarat – syarat pajakan boleh diperolehi dengan PERCUMA di Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Tanjong Malim pada waktu pejabat dari 11hb. Februari, 2019 hingga 28hb. Februari, 2019.

 

  1. Borang tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri yang bertanda ‘TAWARAN PAJAKAN TANDAS AWAM STESEN BAS, SLIM RIVER’ di sebelah kiri bahagian atas sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim pada atau sebelum 28hb. Februari, 2019 jam 12.00 tengah hari.

 

  1. Tiap – tiap tawaran hendaklah disertakan dengan Cek / Wang Kiriman Pos ( berpalang ) berharga RM200.00 dibayar kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim. Wang Pertaruhan ini akan hilang atau dirampas jika sekiranya penender yang berjaya enggan atau ingkar menerima pajakan. Wang pertaruhan kepunyaan penender - penender yang tidak berjaya akan dikembalikan.

 

  1. Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi sekali atau sebarang tawaran dan boleh memanggil semula tawaran jika didapati tawaran – tawaran yang diterima atau bilangan penender – penender yang diterima tidak memuaskan.

TARIKH BUKA : 11 FEBRUARI 2019 (ISNIN)

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)


 Syarat-syarat iklan dan kelayakan boleh dimuat turun melalui dokumen yang dilampirkan.

Tender Ref: 
IKLAN KEKOSONGAN PAJAKAN TANDAS AWAM STESEN BAS, SLIM RIVER
Tender Closing Date: 
Khamis, 28 Februari 2019