MENU


 

KENYATAAN TAWARAN

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Majlis Daerah Tanjong Malim untuk mengisi kekosongan harta sewaan, MDTM.

2. Syarat utama yang perlu diketahui dan diambil perhatian oleh pemohon ialah :-

  • Keutamaan adalah diberikan kepada penduduk tempatan yang lahir atau tinggal di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim
  • Mempunyai pengalaman/pengetahuan mengenai jenis perniagaan yang hendak dijalankan
  • Mempunyai kewangan yang mencukupi dan berupaya membayar sewa yang akan dikenakan
  • Pemohon yang berjaya hendaklah bersedia mematuhi peraturan Majlis dari masa ke semasa

3. Memandangkan bilangan kekosongan terhad, maka calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga oleh Jawatankuasa Temuduga Majlis.

4. Borang Permohonan Sewaan boleh diperolehi dari Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MDTM dengan bayaran RM1.00 dan bayaran proses RM10.00 bagi satu borang pada waktu pejabat dibuka. Pemohon perlu hadir sendiri dengan membawa kad pengenalan diri.

5. Semua Borang Permohonan Sewaan hendaklah diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang perlu sebagaimana yang dinyatakan di dalam borang tersebut. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Majlis sebelum atau pada  28 Februari 2019 ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM
PETI SURAT 59
35900 TANJONG MALIM

6. Semua pemohon yang telah mengemukakan permohonan dan tidak mendapat apa - apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup  permohonan ini hendaklah dianggap permohonan tidak Berjaya.

7. Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat - syarat yang dinyatakan.

TARIKH BUKA : 11 FEBRUARI 2019 (ISNIN)

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)


 Syarat-syarat iklan dan kelayakan boleh dimuat turun melalui dokumen yang dilampirkan.

Tender Ref: 
KEKOSONGAN HARTA SEWAAN
Tender Closing Date: 
Khamis, 28 Februari 2019
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 Februari 2019 - 9:07pm