MENU
 

 

rumah-makan-sri-muallim-01.jpg

 

RUMAH MAKAN SRI MUALLIM

Rumah Makan Sri Muallim terletak di bandar Tanjong Malim. Lokasinya kira-kira 5 minit dari tol Tanjong Malim. Rumah Makan Sri Muallim sangat unik kerana ianya berkonsepkan kampung tradisional melayu klasik. Susunan hidangan di bahagian luar yang teratur, menarik dan pelbagai pilihan. Ruang dalam rumah tradisional sesuai kepada pengunjung yang mempunyai keluarga serta kanak-kanak.

 

 

GERAI AMAN GADO-GADO

Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.

 

sarang

 

SARANG ART HUB

Sarang Art Hub ini terletak di tapak Rumah Rehat Tanjong Malim yang berhampiran dengan KFC dan Pizza Hut Tanjong Malim. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2015. Kedai makan ini masih mengekalkan konsep rumah rehat serta  susun atur dalaman kedai ini, memang unik dan berseni.

 

cape

 

CAPE CAFE

Cape Cafe menyediakan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan paling menarik adalah semua menunya hanya berharga RM1.70 semangkuk. Ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat menikmati pelbagai jenis hidangan makanan.