MENU

 

 

 

RESTORAN LOVEATS

Memilih konsep hipster, Restoran Loveats menampilkan 'smash burger' yang dinikmati bersama roti burger atau hotdog hitam, dikenali sebagai roti arang buluh.

Fenomena roti arang buluh menjadi pilihan penduduk Jepun yang kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan mereka. Roti burger hitam yang menggunakan serbuk arang buluh masih baharu di Malaysia, namun ia semakin popular, sekali gus mendapat sambutan kerana kelembutannya berbanding roti burger biasa.

Kualitinya juga dikatakan setanding roti burger atau hotdog digunakan restoran popular makanan segera.

Selain teknik smash burger dan penggunaan roti arang buluh untuk menyuntik kelainan, semua bahan utama termasuk roti, malah daging burger dan hot dog seperti ayam, kambing, lembu serta ikan dihasilkan secara home made atau buatan sendiri.

 

 

GERAI NASI LEMAK HAJI DIN

Gerai yang terletak di medan selera Tanjong Malim. Gerai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.

 

 

 

RESTORAN SAUDAGAR SUP JUNIOR

Restoran ini terkenal dengan kesedapan nasi ayam nya. Namun, menu utama atau menu simbolik untuk kedai ini sudah pasti terletak pada kelebihan SUP memandangkan nama restoran tersebut ialah Saudagar Sup Junior. Saudagar Sup Junior ini terletak berhampiran dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan terletak di Taman Universiti Tg.Malim. Sebaris dengan kedai makan ala ala barat iaitu California Steak House & Steamboat.

 

 

 

RESTORAN CALIFORNIA STEAK HOUSE AND STEAMBOAT

Restoran ini terletak berhampiran dengan Pintu Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga terletak di Taman Universiti. Daya penarik restoran ini adalah dekorasinya yang sangat unik dan menarik. Banyak barang barang terbuang dan barangan antik dijadikan hiasan untuk Restoran California Steak House and Steamboat ini. Antaranya seperti kayu hoki, bola tenis, jam dinding dan raket badmintoon. Restoran ini juga menyediakan makanan ala barat dan juga steamboat.

 

 

RESTORAN DAN CAFE ZAAZ

Restoran ini juga menyediakan menu yang berasaskan ala barat dengan harga yang sangat berpatutan. Terletak di Tanjong Malim arah ke Proton City. 

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 25 September 2018 - 3:14pm