MENU

 

 

RESTORAN TR TOM YAM HOUSE


TR Tomyam House lokasinya di Slim River Perak menjadi semakin popular kerana ia menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dengan makanan khas berasaskan kertas tanpa plat dan mangkuk. Konsep unik tren hari ini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas mereka berada di laman sosial seperti facebook dan instagram.

 

 

RESTORAN MEE GEAR BOX BAKAR PAK AWANG

Terletak di dalam Arked Mara, di Slim River.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah Mee Gear Box yang sangat menyelerakan.

 

 

KILANG ROTI MOKHTAR

REKA bentuk bangunan itu seakan-akan sebuah bangsal. Melihat keadaan binaan yang diperbuat daripada lapisan papan selain serpihan cat berwarna putih yang kelihatan sudah tertanggal membuatkannya kelihatan agak usang.

Namun, bangunan yang disangkakan rumah itu sebenarnya ialah sebuah kilang memproses roti yang masih kekal seperti asalnya walaupun zaman telah berubah. Kilang yang dikatakan sudah berusia hampir 100 tahun itu, bermula dari pintu gerbang menghala ke ruang masuk utama hingga ke pintu belakang, jelas membayangkan pemiliknya, Mokhtar Amat Mohd. Taqi, 49, sarat dengan nilai-nilai sentimental.

Tiada nama khas

Menariknya, populariti roti yang diusahakan keluarga itu mampu bertahan lebih 60 tahun walaupun tidak mempunyai nama khas.

Sebaliknya, nama roti yang diusahakan Mokhtar diberikan sendiri oleh pelanggan-pelanggan tetapnya dengan gelaran seperti roti Babu, roti Tapah, roti Benggali dan roti sedap.

 

 

 

RESTORAN ePLACE

e Place merupakan restoran yang menyajikan masakan Cina dan Barat Halal. Selain itu, restoran ini turut menyajikan masakan Steamboat dan beberapa hidangan Vegetarian. Restoran ini telah lama wujud dan seolah-olah sangat terkenal dengan pelajar universiti.

 

 

RESTORAN BERIANI GAM PRIMA

Terletak di Tanjong Malim. Lokasinya terletak di sebelah kanan melalui jalan lama dari arah Tanjong Malim. Restoran ini menghidangkan Nasi Beriani Gam yang sangat enak dan sedap dengan kadar harga yang berpatutan.

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 25 September 2018 - 3:14pm