MENU

Restoran

 

RESTORAN PAU YIK MUN

‘Restoran Pau Yik Mun' telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan iamerupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjong Malim. Menyediakan pau yang lembut, roti bakar, mee hainan dan ‘chicken Chop' nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.

 

 

RESTORAN HITZ CAFE
 

Hitz Cafe ini terletak di dalam pekan lama Tanjong Malim, Perak yang berhadapan dengan barisan kedai kasut Bata dan juga Public Bank. Restorannya memang berseni, kemas dan membuatkan orang tertarik untuk makan di sini. Kebersihan dan kekemasan juga di jaga.

 

 

RESTORAN NASI PADANG ANDRI

'Andri Nasi Padang Tanjung Malim' adalah sebuah kedai makan yang diusahakan di bangunan biasa. Kecuali pada kain pemidang 'Andri Nasi Padang Tanjung Malim - mengimbau masakan bonda yang ori ' yang direntangkan di dalam kedai, kedai makan ini tidak ada papan tanda nama kedai yang biasanya terdapat di kebanyakan restoran/kedai makan  yang lain. 

Papan kenyataan kecil yang digantung di luar kedai makan ini menunjukkan waktu berniaga bermula pada jam 1.00 tengah hari. Bagaimanapun, melalui pengalaman singgah makan di kedai ini dan maklum balas dari pelanggan tetap, kedai makan ini biasanya dibuka seawal jam 1.15 - 1.30 tengah hari.

 

 

RESTORAN EASY CAFE

Easy Cafe Restoran, menyediakan hidangan makanan barat. Tempat makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk pelanggan-pelanggannya.

 

 

RESTORAN GARDEN SEAFOOD

Garden Seafood Restoran merupakan sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik.

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 16 Julai 2018 - 12:08pm