MENU
 

mdtm

SYARAT-SYARAT PENERIMA BANTUAN ONE OFF RM500.00 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM SIRI 2

Penerima bantuan ini hanya terbuka kepada senarai penerima yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Tanjong Malim yang beralamat kediaman berdaftar dalam lesen penjaja di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sahaja dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti syarat berikut :

  1. Hanya pemohon yang terdapat di dalam Senarai Penerima Bantuan One Off RM 500 sahaja yang layak membuat tuntutan.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan Lesen Penjaja yang masih berkuatkuasa tempoh sah lesen sehingga tahun 2020.
  4. Salinan Buku Akaun atau Pengesahan Maklumat Akaun Bank oleh institusi kewangan yang berdaftar. (Akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan).
  5. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan di Kaunter Bahagian Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Am, Majlis Daerah Tanjong Malim atau permohonan juga boleh dihantar melalui e-mel lesen.mdtm@gmail.com
  6. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh senarai dipamerkan. Kegagalan membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan pihak MDTM akan selaraskan semula bantuan yang diterima.

 

 

Arahan
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjon Malim
30 November 2020

 

Sila rujuk pada pautan :

Senarai Penjaja Statik Atau Bergerak 

Senarai Penjaja Luar Pasar Awam