MENU

Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) akan mengadakan Sambutan Minggu ICT peringkat MDTM bermula pada 17 Julai 2013 hingga 23 Julai 2013 dimana ianya dirangka khusus bagi peningkatan kemahiran kakitangan MDTM dalam mengaplikasikan ICT terhadap tugas rasmi di Jabatan. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :-

i. Kursus Asas ICT
ii. Pertandingan merekabentuk kain rentang ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan warga kerja MDTM.

Bersamalah kita menyemarakkan sambutan Minggu ICT peringkat MDTM ini dengan membudayakan ICT dalam kehidupan seharian.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Ogos 2019 - 4:11pm