MENU

PENGISIAN JAWATAN KOSONG

 Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-
 

Jawatan :  PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 (Kekosongan jawatan : 1 )

Nota :    Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa yang berkuat kuasa pada 1.7.2013 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2013)

(l) Cara memohon:-

    i.    Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan     kosong di https://egerbang.perak.gov.my/vacancy/

    ii.    Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dann     transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah     disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

    iii.    Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa     Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut     Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

    iv.    Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

        Yang Dipertua
        Majlis Daerah Tanjong Malim
        Peti Surat 59
        35900 TANJONG MALIM

        Tarikh tutup permohonan    :    31 JANUARI 2017

Catatan Am:

    i.    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

    ii.    Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup      hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Ogos 2019 - 4:11pm