1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:- Keutamaan akan diberikan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan seperti berikut:-
Bil. | Jawatan | Kosong | Taraf Jawatan |
1. | Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred FA29 | 1 | Tetap |
2. | Pelukis Pelan Gred JA19 | 1 | Tetap |
3. | Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 | 1 | Tetap |
4. | Pembantu Kemahiran Gred H19 | 1 | Tetap |
5. | Pemandu Kenderaan Gred H11 | 3 | Tetap |
6. | Pembantu Awam Gred H11 | 5 | Tetap |
2. Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Tanjong Malim (www.mdtm.gov.my)
3. Permohonan jawatan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://egerbang.perak.gov.my/vacancy/
4. Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2018 (Selasa).