MENU

 

PENGISIAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

 

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19/KP22  - 1 Kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19/N22 - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19/W22 - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU OPERASI GRED N11/N14 - 1 Kekosongan

5. PENGHANTAR NOTIS GRED N11/N14 - 1 Kekosongan

 

CARA MEMOHON :

  1. Permohonan jawatan yang ditawarkan boleh dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://egerbang.perak.gov.my/vacancy/ Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan diserahkan beserta dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport.
  2. Borang permohonan jawatan kosong juga boleh didapati di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Daerah Tanjong Malim dengan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu Sahaja) dan dokumen sokongan seperti di perkara (i) hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan permohonan jawatan dan di alamatkan seperti di bawah :-      

                        Yang Dipertua,

                        Majlis Daerah Tanjong Malim

                        Peti Surat 59,

                        35900 TANJONG MALIM

 

                        Tarikh Tutup Permohonan          :           14 NOVEMBER 2016

Catatan Am:

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 4:00pm