MENU
 

Pada 27 Ogos 2013 (Selasa) bertempat di Auditorium MDTM Tanjong Malim, telah berlangsung kursus keselamatan perlindungan anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Pejabat ketua Pegawai Keselamatan Negeri Perak. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nawawi bin Deris dan Puan Nurul Adha bt Yahaya. Turut di hadir semua pegawai dan  kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua pegawai & kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim dalam memastikan Jabatan ini melaksanakan langkah-langkah Perlindungan Keselamatan sepertimana yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan. Di dalam sesi taklimat ini, sebanyak tiga tajuk telah disentuh oleh penceramah iaitu:

I.    Keselamatan perlindungan dari perspektif keselamatan fizikal.
II.    Keselamatan perlindungan dari perspektif keselamatan dokumen
III.    Keselamatan perlindungan dari perspektif keselamatan peribadi

Sesi taklimat yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang telah diakhiri dengan acara penyerahan cenderahati kepada penceramah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Encik Khairul Anuar Bin Ramli.