MENU
 

TAKLIMAT BERKENAAN PERANAN AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

MASA : 8:30 pagi hingga 4:00 petang
TARIKH : 9 Julai 2020 (Khamis)
TEMPAT : Auditorium Seri Tanjung, MDTM

9 Julai 2020 – MDTM telah mengadakan Taklimat Berkenaan Peranan Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim kepada semua Ahli Majlis yang baru dilantik di Auditorium Seri Tanjung MDTM.

Turut hadir, Encik Faizal Nizam bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis dan semua Ketua Jabatan MDTM.

Taklimat Berkenaan Peranan Ahli Majlis ini disampaikan oleh Encik Syahrul ‘Azrin bin Ghazali, Penasihat Undang-undang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Turut disampaikan juga berkenaan dengan cabaran-cabaran masa kini yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Disamping itu, taklimat berkaitan kemudahan yang disediakan kepada Ahli Majlis MDTM yang disampaikan oleh Encik Saifulbahari bin Hassan, Penolong Pegawai Tadbir, MDTM, Taklimat berkaitan Projek Pembangunan Bercampur Jalan Maktab yang disampaikan oleh Encik Syafiq wakil dari Syarikat Permodalan Mas Mewah Sdn. Bhd. serta Taklimat berkaitan Skop Kerja Syarikat Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Encik Ahmad Fawzan wakil Syarikat Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

 

taklimat ahli majlis 1

 

taklimat ahli majlis 2

 

taklimat ahli majlis 3

 

taklimat ahli majlis 4