MENU
 

22 APRIL 2020 (RABU) - Majlis Daerah Tanjong Malim telah memberikan sumbangan minum petang kepada Barisan Hadapan di Sekatan Jalan Raya Daerah Muallim yang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, Tuan Tuan Faizal Nizam bin Md Nor sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana sanggup berkorban dalam usaha menangani wabak Covid 19 di daerah Muallim. 

   Majlis Daerah Tanjong Malim juga memberikan sumbangan kurma kepada Barisan Hadapan di Sekatan Jalan Raya sebagai tanda penghargaan di atas keprihatinan serta tanjggungjawab yang dilaksanakan kepada semua warga muallim semasa bulan ramadhan yang akan tiba kelak. Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim juga mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua barisan hadapan di sekatan jalan raya. Semoga semua petugas sama-sama kuat memerangi wabak Covid 19. 

  Sebanyak 6 Sekatan Jalan Raya mendapat sumbangan tersebut. Antaranya Jalan Persekutuan, Taman Universiti arah Utara, Jalan Persekutuan, Taman Universiti arah Selatan, Tol Behrang, Sempadan Behrang Selisik, Tol Slim River dan Sempadan Muallim dan Batang Padang. Turut Hadir sama, Ketua Balai Polis Tanjong Malim, Tuan Insp Mohd Fairuz Faizal Bin Zainal Abidin dan Setiausaha Majlis, Tuan Roslan Bin Kamaruzaman.


sumbangan minum petang dan kurma drpd mdtm

sumbangan minum petang dan kurma drpd mdtm

sumbangan minum petang dan kurma drpd mdtm

sumbangan minum petang dan kurma drpd mdtm

sumbangan minum petang dan kurma drpd mdtm