MENU
 

NAMA PROGRAM : SUMBANGAN BUBUR LAMBUK KEPADA FRONTLINER 
TARIKH : 06 MEI 2020 / RABU
MASA : 04.30PM – 06.00PM
 

6 MEI 2020 (Rabu) - Majlis Daerah Tanjong Malim telah memberikan sumbangan bubur lambuk kepada Frontliner di sekitar Daerah Muallim yang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, Tuan Tuan Faizal Nizam bin Md Nor sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana bertugas dalam bulan Ramdan menangani wabak Covid 19 di daerah Muallim.

.

Sumbangan bubur lambuk tersebut diserahkan kepada Sekatan Jalan Raya (SJR), Jalan Persekutuan, Taman Universiti arah Utara, Jalan Persekutuan, Taman Universiti arah Selatan, Tol Behrang dan Tol Slim River. Selain itu, sumbangan bubur lambuk juga diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Pasukan Tentera di Dewan Tan Sri Haji Ghazali Slim River dan Pejabat Cawangan MDTM Tanjung Malim dan Slim River. Turut Hadir sama, Setiausaha Majlis, Tuan Roslan Bin Kamaruzaman.

.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim juga mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Frontliner di daerah Muallim. Semestinya tahun ini Ramadan penuh dengan cabaran bukan sahaja dari cara persediaan malah juga cara beribadat. Musibat seperti landaan wabak COVID 19 akan membuatkan kita sebagai umat Islam lebih semangat dan cekal menghadapi ujian-Nya. Semoga semua petugas sama-sama kuat memerangi wabak covid 19. Amalkan penjarakkan sosial bila berada di luar dan pertingkatkan pembersihan tangan dan badan.

 

 

 

sumbangan