MENU
 

17 Mei 2020 (Ahad) - Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Muallim dilanda banjir kilat. Skuad Bencana MDTM telah membuat pemantauan ke lokasi-lokasi banjir di sekitar daerah Muallim seperti Behrang Stesen, Taman Slim Permai, Bandar Baru, Rumah Awam dan Taman Sentosa, Slim River. Skuad Bencana MDTM sentiasa mengambil perhatian serius terhadap punca permasalahan yang dihadapi akibat banjir dan saliran, berikutan kekerapan cuaca hujan.

Kerja-kerja pembersihan diteruskan sebaik sahaja air banjir mulai surut. Kerja-kerja pembersihan aliran longkang di sekitar kawasan Bandar Baru oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar MDTM, Unit Landskap MDTM dan Syarikat Puncak Emas Infa Sdn Bhd.

Skuad Bencana MDTM turut membantu kerja- kerja pembersihan di dalam kawasan rumah penduduk yang terjejas di kawasan Rumah Awam 1, Slim River.

Skuad Bencana MDTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan, NGO dan penduduk setempat yang turut hadir bersama-sama membantu mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

 

banjir

 

banjir

 

banjir

 

banjir

 

banjir