MENU
 

SESI TOWNHALL MDTM BERSAMA MCA TANJONG MALIM DAN PENGERUSI JPKK KAMPUNG BARU CINA DAERAH MUALLIM

MASA : 3.30 petang
TARIKH : 11 Mac 2021 (Khamis)
TEMPAT : Auditorium Seri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim

 

11 Mac 2021 (Khamis) - Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan sesi Townhall bersama MCA Tanjong Malim dan Pengerusi JPKK Kampung Baru Cina Daerah Muallim bertempat di Auditorium Seri Tanjung, MDTM.

Turut dihadiri oleh Tuan Faizal Nizam bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM, Tuan Goh Choong Seng, Ketua Bahagian MCA Tanjong Malim, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Ahli-ahli Majlis MDTM dan Ketua Jabatan MDTM.

Sesi Townhall ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak MDTM dan Pengerusi JPKK Kampung Baru Cina di Daerah Muallim. Kerjasama antara pihak MDTM dan Pengerusi JPKK ini bagi menyalurkan maklumat dan membantu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat yang menetap di Kampung Baru Cina Daerah Muallim ini.

Diharap agar kerjasama ini dapat membantu Daerah Muallim lebih maju untuk kebaikan masyarakat setempat.

 
townhall1
 
townhall2
 
townhall3
 
townhall4