MENU
 

SESI TOWNHALL DAN LAWATAN TURUN PADANG MDTM KE KAMPUNG BABA KALA

MASA : 03.00 petang
TARIKH : 05 November 2020
TEMPAT : Kampung Baba Kala

5 Oktober 2020 (Khamis) - Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan Sesi Townhall dan Lawatan Turun Padang yang dihadiri oleh YB Mohd Zaidi Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Tuan Faizal Nizam bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM. Turut hadir Tuan Ravi a/l Krishnan, Pengerusi MIC, SA Krishna Rao a/l Paiduthaly, Pengerusi Makkal Sakti, Clr. Encik Muhammad Zulfadli bin Zainal, Clr. Encik Gunasekaran a/l Sundaram dan Clr. Encik Cures Rau a/l Ramnaidu dan Ketua Jabatan MDTM serta penduduk Kampung Baba Kala

Pihak MDTM mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan lampu jalan bagi memastikan keselamatan penduduk Kampung Baba Kala terutama pada waktu malam. Diharapkan agar kemudahan ini mampu memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan jalan di Kampung Baba Kala ini.

Berhubung perkara ini, pihak MDTM juga amat berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu bin Dato’ Azumu atas kelulusan permohonan bagi menyediakan kemudahan lampu jalan yang diusahakan oleh Allahyarham Datuk Mohd Khusairi bin Abdul Talib dan diteruskan usaha ini oleh YB Mohd Zaidi Azizi.

Majlis simbolik penyerahan lampu jalan disempurnakan oleh ADUN, YB Mohd Zaidi Aziz disaksikan oleh Yang Dipertua MDTM Tuan Faizal Nizam bin Nor kepada wakil penduduk.

Pihak MDTM juga akan membuat penambahan sebuah tong sampah untuk kegunaan penduduk kampung dengan kutipan sampah 3 kali seminggu. Masalah longkang tertutup juga dengan timbusan tanah akan dibaiki dengan kadar segara oleh pihak MDTM

Pihak MDTM sentiasa perihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk di semua kawasan dengan menyediakan kemudahan yang selesa.

lawatan1

 

lawatan2

 

lawatan3