MENU

NAMA PROGRAM :  PROGRAM SILATURRAHIM AHLI MAJLIS BERSAMA PIMPINAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM
TARIKH : 31 DISEMBER 2018 (ISNIN)
MASA : 12.00 PETANG
TEMPAT : MUSSE HOTEL, SLIM RIVER

Pada 31 Disember 2018 yang lalu telah diadakan Program Silaturrahim Ahli Majlis Bersama Pimpinan Majlis Daerah Tanjong Malim. Majlis dimulakan dengan ketibaan Tuan Faizal Nizam bin MD Nor Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris Pegawai Daerah Muallim dan YB Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli ADUN Behrang. Ucapan Akhir oleh YB Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli ADUN Behrang banyak memberi semangat dan idea-idea baru untuk memajukan lagi Daerah Muallim di masa hadapan. Program diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak penganjur.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 24 Januari 2019 - 3:10pm