MENU

TANJONG MALIM – 17 Julai 2014 (Khamis), Bersempena dengan rahmat bulan Ramadhan ini, Warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim  turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak Yatim serta warga emas pada 17 Julai 2014 baru-baru ini.

Program tersebut telah diadakan di khemah bersebelahan Dewan Sri Tanjong, MDTM. Turut serta  memberi sumbangan dalam program ini ialah pelbagai syarikat korporat seperti Proton City Development Corporation, Bank Islam, Bank Rakyat, Local Agenda 21 serta badan persendirian.

Dalam program ini juga, pada sebelah pagi Urusetia Program membawa anak-anak yatim yang terlibat ke MYDIN SUBANG JAYA bagi membeli keperluan hari raya. Diantara pengisian majlis pada sebelah petang pula ialah menonton tayangan video di Auditorium MDTM. Majlis seterusnya bersambung dengan majlis penyampaian duit raya dan sumbangan raya juga majlis  berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas serta kakitangan MDTM.

Majlis diakhiri dengan sumbangan duit raya oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MDTM kepada kakitangan MDTM.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 10:21am