MENU

Bersempena dengan rahmat bulan Ramadhan ini, Warga Majlis Daerah Tanjong Malim  turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak Yatim pada 25 julai 2013 baru-baru ini.

Program tersebut telah diadakan di Dewan Sri Tanjong, MDTM.Turut serta  memberi sumbangan dalam program ini ialah Pengurus-pengurus Pelbagai syarikat iaitu Proton City Development Corporation,Koperasi Anggota-Anggota Majlis Daerah Kinta Selatan Kampar Berhad, RBBA Enterprise, Aidil Travel & Tour Sdn Bhd, Mohd Subali Motor Sdn Bhd, Malayan Banking Berhad, Bank Islam, Malaysian Building Society Berhad, Delta Niaga, Anjung Ekseklusif Catering Sdn. Bhd,Chamal Resources, Idham Bina, Syazwa Enterprise, NSF Dynamic Corporation Sdn Bhd,Celcom Mobile Sdn Bhd, Agrobank,Bank Rakyat. Turut menberi sumbangan ialah Encik Abdul Wahab Bin Sidek dari Rumah Awam,Slim River.

Dalam program ini juga,pada sebelah pagi Pihak MDTM turut membawa mereka ke MYDIN SUBANG JAYA bagi membeli keperluan hari raya. Diantara pengisian majlis pada sebelah petang  ialah menonton tayangan video di Auditorium MDTM dan seterusnya, tadarus bacaan Yasin dari Staf MDTM, Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah.

"Kami berasa bertanggungjawab membantu golongan itu dan mahu berkongsi kegembiraan dengan mereka,". Objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 9 Ogos 2019 - 1:03pm