MENU

BEHRANG 2020 - 8 Julai 2015 (Rabu), Sempena Bulan Ramadhan Yang Mulia ini, Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan  Program Ramadhan Bersama Anak Yatim. 

Seramai 41 orang anak-anak yatim dibawa membeli-belah keperluan hari raya di MYDIN Wholesale Hypermarket Subang Jaya, Selangor. Seramai 22 orang pegawai pengiring dari kalangan kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengikuti program yang telah diaturkan.

Selepas sesi membeli-belah, anak-anak yatim dibawa pulang ke Majlis Daerah Tanjong Malim dan mereka dikawal selia oleh kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim serta pelajar praktikal dengan mengikuti program tayangan video di Auditorium MDTM. Kemudian, mereka diberi rehat, mandi dan menunaikan solat. Di sebelah petangnya pula, anak-anak yatim berkumpul di tepi Dewan Seri Tanjong, MDTM dan penyampaian sumbangan serta duit raya kepada anak-anak yatim telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis, Ketua-ketua Bahagian dan para penyumbang program. Anak-anak yatim ini telah dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh pihak Majlis Daerah Tanjong Malim selepas majlis berbuka puasa.

Adalah diharapkan dengan penganjuran program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak Majlis Daerah Tanjong Malim dan sekolah-sekolah di sekitar Tanjong Malim dan Slim River. Program ini juga merupakan tanggungjawab sosial Majlis Daerah Tanjong Malim terhadap komuniti setempat.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 10:21am