MENU

TANJONG MALIM – 11 JUN 2015 (Khamis), Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Kemasyarakat Dan Gotong Royong Perdana Malptaac 2015 Outreach di Taman Wangsa Jaya, Kampong Ketoyong Tanjong Malim.

Program ini melibatkan seramai 800 orang yang terdiri dari Askar Wataniah Politeknik Malaysia yang melakukan kerja sukarelawan pada masyarakat di bawah tema Malptacc 2015 Outreach. Program ini usahasama di antara MDTM, Ahli Majlis Pn. Habibah binti Yaakob (Area Officer) serta Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat dan menjalankan kerja-kerja amal. Di antara Politeknik yang terlibat:

  • Politeknik Sultan Mizan;
  • Politeknik Merlimau, Melaka;
  • Politeknik Kuala Terengganu;
  • Politeknik Kota Bharu;
  • Politeknik Port Dickson;
  • Politeknik Seberang Perai;
  • Politeknik Muadzam Shah;
  • Politeknik Ibrahim Sultan Johor;
  • Politeknik Ungku Omar;
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan;
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau 
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra.

Di antara Rejimen Askar Wataniah yang terlibat:

  • Rej. 504 Askar Wataniah Perlis
  • Rej. 505 Askar Wataniah Pahang
  • Rej. 506 Askar Wataniah Kelantan
  • Rej. 508 Askar Wataniah Negeri Sembilan
  • Rej. 509 Askar Wataniah Pulau Pinang
  • Rej. 512 Askar Wataniah Terengganu
  • Rej. 513 Askar Wataniah Kedah
  • Rej. 514 Askar Wataniah Melaka

Antara aktiviti yang berlangsung;

  1. Gotong-royong rumah Anak Yatim Baitul Muhabbah Tanjong Malim
  2. Gotong-royong Surau Taman Segar, Tanjong Malim
  3. Gotong-royong pembersihan Tanah Wakaf, Kuala Slim
  4. Penyerahan Sijil Penghargaan kepada pengerusi masjid Suray dan Ketua Kampong.

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 10:21am