MENU
 

NAMA PROGRAM : PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM BIL.5 2019
TARIKH : 22 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI
TEMPAT : UJANA MUALLIM, PROTON CITY


JUMAAT, 22 November 2019 – Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 5 Tahun 2019 di Ujana Muallim yang dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MDTM, Tuan Faizal Nizam Bin Md. Nor bersama-sama ketua jabatan dan seluruh kakitangan MDTM. Kelainan bagi perhimpunan bulanan pada kali ini adalah diadakan di Ujana Muallim yang merupakan Taman Rimba Bandar di Bandar Proton yang berkeluasan 15 Hektar. Antara intipati ucapan Tuan Yang Dipertua MDTM adalah Ujana Muallim yang telah siap dibina dengan kos sebanyak RM9 juta merupakan sebahagian pembangunan Bandar Proton, pada asalnya merupakan kawasan hutan sekunder, dan sekarang turut dilengkapi dengan kawasan perkhemahan, laluan jungle trekking, taman permainan kanak-kanak, menara tinjau, pondok pengawal, surau dan tandas. Sepanjang Perhimpunan Bulanan ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan keindahan dan kemudahan yang telah dibangunkan di Ujana Muallim. Antara aktiviti pengisian perhimpunan bulanan ini adalah dimulai dengan senamrobik dan seterusnya Fun Run MDTM di sekitar Ujana Muallim yang turut disertai oleh Tuan Yang Dipertua MDTM. Turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Hari Lahir Kakitangan MDTM bagi bulan November, Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MDTM dan Cabutan Bertuah Kakitangan MDTM.
 

ANTARA GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim

Perhimpunan Bulanan Ujana Muallim