MENU
 

 

PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM BIL.2/2020

MASA : 03.00 petang hingga 5:00 petang
TARIKH : 8 September 2020 (Selasa)
TEMPAT : Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim

SELASA, 8 September 2020 - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.2 Tahun 2020 di Dewan Sri Tanjong yang dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MDTM, Tuan Faizal Nizam bin Md. Nor, Setiausaha MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman bersama-sama Ketua Jabatan dan seluruh Kakitangan MDTM.

Kelainan bagi perhimpunan bulanan pada kali ini adalah diadakan pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Seluruh kakitangan MDTM perlu mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Oleh yang demikian, pihak urusetia mengambil inisiatif mengadakan Perhimpunan Bulanan di Dewan Sri Tanjong dengan mengamalkan penjarakkan social dan memastikan seluruh kakitangan MDTM memakai pelitup hidung dan mulut / mask.

Majlis Perhimpunan Bulanan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak serta bacaan doa oleh Encik Ahmad Shahdan bin Mohd Zamri. Seterusnya, ucapan aluan daripada Setiausaha MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua, Tuan Faizal Nizam bin Md Nor. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh kakitangan MDTM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi memotong kek oleh kakitangan MDTM yang menyambut hari lahir pada bulan Julai dan Ogos.

 

pb1

 

pb2

 

pb3

 

pb4