MENU
 

NAMA PROGRAM : PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM BIL 1 TAHUN 2020
TARIKH : 31 JANUARI 2020
MASA : 02.45 PETANG
TEMPAT : AUDITORIUM SERI TANJUNG, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

JUMAAT, 31 Januari 2020 yang lalu telah diadakan Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Tanjong Malim Bil 1 tahun 2020 sebagai pembuka tirai program tahun 2020. Majlis Perhimpunan ini dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Setiausaha Majlis, Encik Roslan Bin Kamaruzaman, Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian MDTM serta semua kakitangan MDTM. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Negeri Perak dan Bacaan doa seterusnya ucapan Yang Dipertua MDTM.

Dalam Ucapan Majlis Perhimpunan ini Tuan Yang Dipertua , Tuan Faizal Nizam bin Md Nor berkata Majlis Daerah Tanjong Malim telah mencapai pelbagai pengiktirafan pada tahun 2019, antaranya adalah Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran ISO 45001:2018. Sehubungan itu, bagi tahun 2020 ini, Yang DIpertua berhasrat agar MDTM terus bergading bahu mencapai segala perancangan bagi meningkatkan prestasi MDTM kearah lebih baik. Dalam Ucapannya juga, Yang Dipertua juga membentangkan Belanjawan tahun 2020 serta Pelaporan Prestasi Kewangan MDTM bagi tahun 2019.

Turut diadakan dalam perhimpunan ini adalah Majlis Sambutan Hari Lahir Kakitangan MDTM bagi bulan Januari dan Februari bagi menghargai kerjasama dan kebajikan semua kakitangan MDTM .

YDP Perhimpunan

ucapan ydp

sijil tujuh hari

potong kek