NAMA PROGRAM : PELANCARAN KEMPEM KUMPUL MINYAK MASAK TERPAKAI 2019
TARIKH : 10 MEI 2019 (JUMAAT)
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : BAZAR BEHRANG 2020, TANJONG MALIM
Program Kempen Kumpul Minyak Masak telah dilancarkan oleh YB Tn Hj Aminuddin b Zulkifli , ADUN Behrang pada 10.5.2019 yg lalu di tapak Bazar Ramadhan Bandar Behrang 2020. Sebanyak 30 botol terpakai telah diagihkan kepada peniaga yg terlibat di tapak bazar bg dijadikan tempat pengumpulan minyak terpakai.Diharap dengan pelancaran dan kempen yg telah mula dijalankan ini, kesedaran orang ramai bagi menguruskan minyak terpakai ini meningkat seterusnya tidak membuang minyak terpakai ini ke lokasi yang tak sepatutnya sehingga boleh membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Program ini merupakan satu lagi kerjasama yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Tanjong Malim dengan pihak I- cycle Malaysia.
Semoga kerjasama yang berterusan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai khususnya penduduk Daerah Muallim dalam menyediakan platform bagi menguruskan alam sekitar dan kebersihan persekitaran dengan lebih baik.
Program yang dianjurkan ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua MDTM En. Faizal Nizam b Md Nor, Setiausaha MDTM En Roslan b Kamaruzaman, Ahli- Ahli Majlis MDTM, Duta I Cycle Malaysia Pn Habibah bt Yaakob, Persatuan Peniaga Kecil Melayu Daerah Muallim,Ketua Jabatan MDTM dan kakitangan.