MENU

TANJONG MALIM - 27 Jun 2014 (Jumaat) - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2014, Bacaan Yaasin, Cabutan Bertuah Serta Sambutan Hari Lahir Kakitangan Bagi Bulan Mei Dan Jun 2014 bertempat di Auditorium Seri Tanjong, MDTM.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh En. Amir bin Ahmad, Penolong Pegawai Senibina. Selesai bacaan Yassin dan Tahlil kakitangan MDTM dijemput untuk menikmati minum pagi sebelum majlis bersambung.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bacaan doa serta ucapan daripada Yang Dipertua MDTM iaitu En. Khairul Anwar bin Ramli. Dalam ucapannya beliau menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh kakitangan MDTM dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam. Beliau turut berharap sikap positif tersebut akan berterusan. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, beliau turut mengambil kesempatan untuk bermaafan dan mengingatkan kakitangan MDTM untuk menjaga kesihatan.

Selesai ucapan Yang Dipertua, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada kakitangan MDTM yang lahir pada bulan Mei dan Jun 2014. Turut diadakan cabutan bertuah cukai taksiran kakitangan MDTM.

Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek hari lahir.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 September 2019 - 10:09pm