MENU

TANJONG MALIM – 9 Oktober 2014 (Khamis), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim (MBDSR/TM) telah menganjurkan Karnival Mega ICT dimana ianya julung kali diadakan di peringkat daerah kecil Tanjong Malim / Slim River. Karnival ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap cabaran-cabaran ICT dan seterusnya melahirkan masyarakat yang celik ICT dan berdaya saing seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Program MeGICT'14 ini berlangsung selama 6 hari bermula pada 7 Oktober hingga 12 Oktober 2014 (Selasa hingga Ahad). Pelbagai aktiviti menarik telah direncana untuk lapisan masyarakat sempena program ini  antaranya Seminar Kesedaran ICT, Bengkel Asas Kemahiran ICT (Microsoft),  Bengkel Asas Kemahiran ICt (Adobe Photoshop), Pertandingan berasaskan ICT, MeGICT'14 fair dan lain-lian.

Majlis perasmian MeGICT'14 telah dirasmikan oleh YB Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada MDTM dan UPSI kerana telah berjaya menganjurkan program seperti ini. Diharapkan program Karnival ini akan terus dijadikan sebagai acara tahunan MDTM.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 10:21am