MENU

NAMA PROGRAM : Majlis Pelancaran Laman Seni, Slim River Sempena Program PORTABLE - Arts To Rural PORT
TARIKH : 5 Mac 2017 (Ahad)
MASA : 12.00 tengahari - 10.00 malam
MASA PERASMIAN : 5.30 petang
TEMPAT : Laman Seni, Slim River
ANJURAN : Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim

BERITA RINGKAS :

Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan  Laman Seni bertempat di Slim River bagi memberi ruang kepada bakat seni anak tempatan yang sedia ada berkarya disamping mencungkil bakat baru pelapis di dalam bidang seni serta membantu dan memberi ruang anak muda seni berniada dalam bidang kreatif seperti hasil lukisan, hasil seni tangan batu, pakaian dan lain-lain. Ianya juga bersempana dengan Tahun Melawat Perak 2017.

Oleh yang demikian, Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) dengan kerjasama MDTM telah mengadakan majlis pelancaran Laman Seni, Slim River sempena Program PORTABLE - Arts To Rural PORT. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib ADUN Slim River merangkap Pengerusi FINAS. Program PORTABLE - Arts To Rural PORT ini berkonsepkan mobile bergerak masuk ke perkampungan serta pedalaman bersama-sama dengan komuniti PORT. 

Di harapkan dengan adanya Laman Seni, Slim River ini dapat memberikan peluang dan ruang bagi mengketengahkan bakat kepada warga khususnya belia di daerah Muallim.

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 September 2019 - 10:09pm