MENU
 

TANJONG MALIM - 22 Mac 2016 (Selasa),  Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)  telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat MDTM bertemakan tahun 60-an. Majlis yang gilang-gemilang tersebut telah berlangsung di Dewan Sri Tanjong, MDTM dan dirasmikan oleh Yang Bhg. Dato' Haji Abu Bakar bi Haji Said, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis, Ketua Jabatan serta kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Seramai 18 orang kakitangan MDTM telah menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM 1000.00 serta 18 orang lagi telah menerima Anugerah Ketrampilan  berserta wang tunai sebanyak RM300.00.

Kakitangan yang mewakili Jabatan/Bahagian di MDTM turut membuat persembahan pada malam tersebut dan menyaksikan Bahagian Penguatkuasaan telah memenangi persembahan terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 manakala Jabatan Perbendaharaan merangkul tempat ke dua serta Bahagian Pentadbiran jatuh ke tempat ke tiga.

Pada majlis tersebut juga telah diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM500. Pn. Siti Azura bt Haji Juki (Setiausaha MDTM) turut bermurah hati menyediakan hadiah wang tunai kepada  pakaian yang mengikut tema.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pemenang. Diharapkan kakitangan MDTM akan terus komited dan meningkatkan lagi prestasi kerja demi menaikkan imej dan kreadibiliti MDTM.