MENU
 

NAMA PROGRAM : MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS, MDTM SESI 2020/2022
TARIKH : 29 JUN 2020 / ISNIN
MASA : 09.00AM – 11.00AM
TEMPAT : AUDITORIUM SERI TANJUNG, MDTM

 

29 Jun 2020 (ISNIN) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli-Ahli Majlis bagi fasa yang Ke-2 bertempat di Auditorium Seri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Khusairi Bin Abdul Talib, ADUN Slim. Turut dihadiri oleh Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris, Pegawai Daerah Muallim, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Dr. Ir Safry Kamal Bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim. Turut dihadiri oleh Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim dan Tuan Roslan Bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Ketua-ketua Parti Politik Tanjung Malim dan 12 Ahli Majlis yang telah dilantik sebelum ini serta semua Ketua Jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Pada hari ini seramai 12 orang Ahli Majlis yang baru telah mengangkat sumpah penerimaan jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim. Sehubungan itu, Majlis telah melantik ke semua 24 orang ahli Majlis bagi tempoh 1 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.
MDTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik.

 

ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS

 

ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS

 

ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS

 

ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS

 

ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS