MENU
 

7 MEI 2020 (KHAMIS) - Telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim bagi sesi 2020/2022 bertempat di Bilik Seri Malim, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Khusairi Bin Abdul Talib, ADUN Slim. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris, Pegawai Daerah Muallim, Tuan Supt Sulizmie Affendy Bin Sulaiman, Ketua Polis Daerah Muallim. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim dan Tuan Roslan Bin Kamaruzaman, Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim serta semua Ketua Jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Seramai 12 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah penerimaan jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim. MDTM mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik.

angkat sumpah ahli majlis mei 2020 1

angkat sumpah ahli majlis mei 2020 2

angkat sumpah ahli majlis mei 2020 2