MENU
 

11 Mei 2020 (Isnin) - Lawatan Turun Padang Pasca Banjir di Kampung Berop diketuai oleh Yang Dipertua MDTM, Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor. Kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur adalah di kawasan Kampung Berop, Taman Seri Tanjung dan Rumah Awam 3, Taman Sentosa.

Beberapa Ahli Majlis MDTM, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Abdul Halim, Dr Sulaiman Bin Sarkawi, Puan Lie Ying Har, Encik Cures Rao A/L Ramnaidu dan Encik Muhammad Zulfadli Bin Zainal turut sertai Pengerusi MCA Tanjong Malim, Encik Goh Choong Seng dan Pengerusi MIC Tanjong Malim, Encik Ravi A/L Krishnan dalam Turun Padang Pasca Banjir ini bagi meninjau masalah penduduk yang dihadapi akibat banjir lumpur ini. Masalah banjir lumpur ini adalah disebabkan oleh projek rumah pam di Sungai Berop yang masih belum siap sepenuhnya. Pihak MDTM sedang berusaha menangani masalah banjir lumpur ini dan sedang menjalankan pembersihan lumpur di kawasan yang terjejas. Pihak MDTM juga akan berbincang dengan berkerjasama dengan pihak JPS dan JKR dalam mengatasi masalah banjir ini.

Semoga masalah banjir ini dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.


banjir kampung berop

banjir kampung berop

banjir kampung berop