MENU
 

LAWATAN TURUN PADANG BAGI MENINJAU ADUAN DI KAWASAN JALAN BESAR TANJONG MALIM

MASA : 10.00 pagi
TARIKH : 3 November 2020
TEMPAT : Kawasan Jalan Besar Tanjong Malim

 

3 November 2020 (Selasa) - Lawatan Turun Padang MDTM ke Jalan Besar Tanjong Malim diketuai oleh Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor, Yang Dipertua MDTM. Turut hadir Dato Mohd Farid bin Mohamad Ali, Ahli Majlis, Tuan Ganesan a/l Suppiah, Pengetua SMK Methodist Tanjong Malim, Tuan Mohgana Selvam, Ahli Lembaga Pengurus SMK Methodist Tanjong Malim serta ketua jabatan MDTM.

Susulan perbincangan yang diadakan pada 2 November 2020 (Isnin) bersama pihak SMK Methodist Tanjong Malim, MDTM terus meninjau masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Antara masalah yang hadapi adalah saluran longkang yang menyebabkan masalah banjir yang dihadapi oleh sekolah setiap kali hujan berpanjangan serta beberapa kerosakan siling di hentian bas sekolah dan keperluan bagi laluan berjalan kaki berbumbung di hadapan sekolah tersebut.

Tindakan segera akan diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah manakala beberapa tindakan memerlukan masa untuk diselesaikan.

MDTM sentiasa prihatin dalam mendengar pemasalahan rakyat dan akan mencari jalan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

 

turunpadang1

 

turunpadang2

 

turunpadang3