MENU
 

NAMA PROGRAM : LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH KERIAN
TARIKH : 21 JANUARI 2020
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : BILIK SERI MALIM, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

SELASA, 21 Januari 2020 Majlis Daerah kerian telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Majlis Daerah Tanjong Malim yang dianggotai pegawai-pegawai Majlis Daerah Kerian seramai 8 orang.

Tujuan lawatan penandaarasan ini bagi berkongsi pengalaman berkaitan implementasi Program Bandar Selamat terutamanya dalam memproses permohonan kelulusan pelan pembangunan di Majlis Daerah Tanjong Malim.

Disamping itu Lawatan ini dapat menjana idea bagi pembangunan dan perancangan bersama agensi awam dan swasta dalam projek pembangunan seperti keusahawanan, pelancongan dan kesenian. Dalam lawatan ini juga pihak Majlis Daerah Kerian dibawa melawat beberapa lokasi utama di Daerah Tanjong Malim antaranya Ujana Muallim, Bandar Proton, Sarang Art Hub, Buka@Muallim dan Mural@muallim.

 

a