MENU

SLIM RIVER - 9 April 2015 (Rabu), Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) telah mengadakan lawatan kerja ke Terminal Sejahtera Slim River, Majlis Daerah Tanjong Malim (TSSR, MDTM). Lawatan ini bertujuan untuk melihat pengurusan dan perancangan jangka masa panjang pihak TSSR dalam usaha MPKangar untuk mengekalkan pengoperasian Terminal Sejahtera milik MPKangar.

Lawatan kerja ini telah dihadiri oleh 15 orang pegawai dan kakitangan MPKangar yang terdiri daripada Yang Dipertua MPKangar iaitu En. Ahmad bin Hussin, Ahli Majlis MPKangar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan beberapa pegawai yang lain berserta dan pemandu telah disambut baik oleh En. Khairil Akhtar bin Ghazali, AMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, di pejabat Yang Dipertua MDTM sebelum rombongan lawatan di bawa oleh Setiausaha MDTM iaitu Pn. Siti Azura binti Haji Juki ke Terminal Sejahtera Slim River untuk sesi taklimat dan lawatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh setiausaha MDTM sebelum diteruskan dengan taklimat berkaitan TSSR oleh Penyelia TSSR iaitu Muhamad Amirulfaiz bin Mohamad Arif. Dalam sesi lawatan tersebut juga rombongan telah didedahkan dengan perisian pembelajaran yang digunakan di TSSR serta bertukar-tukar pandangan berkenaan hala tuju Terminal Sejahtera.

Pihak Majlis Daerah Tanjong Malim khususnya TSSR sangat berbesar hati dengan kedatangan MPKangar dan berharap ikatan ukhwah ini akan kekal terjalin di masa akan datang.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 September 2019 - 10:09pm