MENU
 

NAMA PROGRAM : KURSUS PEMANDUAN SELAMAT & MENGESAN KEROSAKAN ASAS KENDERAAN 
TARIKH : 19-20 Februari 2020 (Rabu-Khamis)
MASA : 8:30 pagi - 4:30 petang
TEMPAT : AUDITORIUM SERI TANJUNG, MDTM

19 - 20 Februari 2020 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Kursus Pemanduan Selamat dan Mengesan Kerosakan Asas Kenderaan yang disampaikan oleh penceramah Encik Krishnan a/l Tharumalingam dari Syarikat Quality Universal training Service PLT. Kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kefahaman peserta kepada teknik asas mengesan kerosakan, penyelenggaraan dan membaikpulih enjin serta penggantian komponen. Peserta akan dilatih untuk mengenali komponen enjin, kaedah menjaga dan membaikpulih enjin dengan sebaik mungkin menggunakan peralatan yang minimum. Peserta juga diberi pengetauhuan kemahiran untuk menyelenggara kenderaan dan mengenalpasti kerosakan sebelum dirujuk ke bengkel. Selaian itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah pemanduan secara defensif dalam menghadapi situasi tertentu ketika pemanduan. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan kawalan kenderaan  ketika dalam keadaan kecemasan. 70 peratus dari modul kursus ini akan dikendalikan secara praktikal bagi membolehkan peserta mendapat pendedahan sepenuhnya. Kursus Pemanduan Selamat Dan Mengesan Kerosakan Asas Kenderaan Di Majlis Daerah Tanjong Malim ini melibatkan 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Gred H11 dan pemandu dari setiap Jabatan.